kehidupanku ~: saman ~

Tuesday, November 20, 2012

saman ~

salam ~

saman ! hihi aku nak cerita pasal pengalaman kawan aku.. siapa die? biarlah rahsia..haha tapi nak buat senang cerita kita panggil dia hana (bukan nama sebenar ye)..hihi macam ni cerita die.. hari tu.. hana ni sewa kereta, kereta viva auto warna merah (perlu ke?haha) biarkan ~ hana pegi hanta kawan dia pegi LCCT, disebabkan diorang da lmbt and nak kejar flight, so dorang pn main parking je.. konon SEKEJAP la kan..padahal ada la dlm 30 minit jugak.. lepas je hanta kawan dia naik flight, hana pn bjalan dengan penuh lega sebb dorang BERJAYA kejar flight tu.. tapiii.. smpai je kat kereta, tbe2 hana ternampak macam ada surat..ingat kan advertisement biasa je..skali tgok, hah ! SURAT SAMAN kot..haha balik tu hana terus cerita kat aku, and hana cakap dia tanak bagitau kat tuan punya kereta tu..kira nak buat diam je la, kalau orang tu tnye nnti baru dia bgtau..




selepas 2 minggu, hana dapat call time kitorang kat kafe.. punya gelabah si hana ni sebab die takut org tu marah..hihi kelakar btul.. hana tak angkat and dia biarkan je..banyak kali jugak orang tu call, tapi lama2 hp snyap macam tu je.. balik dari kafe, hana da gelabah and tanya aku apa nak cakap kalau orang tu call.. dia rancang semua jawapan untuk soalan yang orang tu mungkin akan tnya.. bila da ready dia pn text orang tu.. and punya terkejut, rupa2nya hana kena DUA saman sekaligus ! hihi satu saman sebab tak mematuhi isyarat lalulintas and satu lagi sebab letak kenderaan dalam 30 kaki dari simpang..pergh memang seronok la kan.. satu saman harga dia RM150 kot.. haisy tak pasal2 melayang RM300..apa yang mampu aku cakap.. sabar je la ye cik hana ku syg.. dugaan utk kau.. sekali-sekala kau derma kat pdrm apa salahnya..hi3

so nasihat untuk korang smua.. jangan la langgar peraturan ye.. and rajin2 la cek kalau2 korang ada kena saman tapi korang tak sedar ke.. meh nak tolong mudahkan keje korang..hihi korang bolehla cek melalui link kat bawah ni :

http://www.rilek.com.my/
http://www.myeg.com.my/
http://www.eservices.com.my/

Tapi kalau korang nak cara yang lebih mudah, aku sarankan korang cek guna sms, sebab kadang2 laman web server down kn..lagipun guna sms korang tak perlu nak register semua.. cara nak semak guna sms macam di bawah :

taip POLIS SAMAN<space> NO KAD PENGENALAN hantar kepada 15888

contoh :  POLIS SAMAN 781004105441 hantar kepada 15888

atau boleh juga gunakan no plate kenderaan :


taip POLIS SAMAN<space> NO PENDAFTARAN KENDERAAN hantar kepada 15888

contoh :  POLIS SAMAN WLJ7120 hantar kepada 15888

* Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15 manakala setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20.


Untuk pengetahuan korang jugak, pihak kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran sman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip " The More You Delay, The More You Pay".  haha amacam prinsip dorang? best kan? terbaik ~ hihi sistem ni mula berkuatkuasa pada 1 MAC 2011. so korang boleh tengok kadar kompaun tu di sini.

sekian ~ :)

1 comment:

  1. Hiya! I just wish to give an enormous thumbs up for the nice info you’ve right here on this post.
    I will probably be coming back to your weblog for extra soon.


    Here is my page :: free semi games download

    ReplyDelete