kehidupanku ~: doa penerang hati

Thursday, January 3, 2013

doa penerang hati


salam ~

sekarang ni mesti smua tgah sibuk dgan stdy kn? ye la, nme pn Final Exam.. hii dan disebabkan Final Exam ni la aku rase terpanggil.. *eceh ayat..haha* -ok2, kte smbung yg td- aku rase terpanggil untuk sme2 berkongsi doa yang aku bace tadi.. smoga apa yang kita baca dan pelajari akan cepat masuk dan dpat difahami.. dan jugak.. smoga ilmu ni akan trus kekal walaupun slepas hbis final exam.. insyaAllah..




DOA PENERANG HATI


"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."

Amalkan doa ini 3 kali sebelum mula belajar dan ketika selepas solat,

Tips : Jaga solat 5 waktu, hormat ibubapa dan guru serta menjaga pandangan dan elakkan daripada dosa dan maksiat.

Imam As-Syafie r.a pernah mengadu kepada gurunya iaitu Imam Waqi' akan lemah hafalannya. Maka Imam Waqi' menasihatkan beliau supaya meninggalkan dosa , kerana ilmu adalah cahaya Ilahi dan cahaya Ilahi tidak akan diberikan kepada pelaku maksiat.

Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru saya iaitu Al-Fadhil Ustaz Maulana Mansor Al-Hafiz, Naib Mudir Madrasah Miftahul Uloom Seri Petaling Kuala Lumpur (semoga Allah sentiasa memberkati beliau) . Beliau seorang ulama yang cukup alim dalam pelbagai bidang dan banyak menghasilkan kitab-kitab yang cukup bermanfaat untuk ummah. Kehidupan beliau sibuk dalam berdakwah, mengajar agama dan mengarang kitab-kitab agama dll. 

- Imam Muda Amar.



No comments:

Post a Comment