kehidupanku ~: October 2012

Wednesday, October 31, 2012

mari mengenal Ribbon Access :)

salam access..

hihi.. hari ni aku nak cerita pasal 'ribbon' yang terdapat kat dalam Microsoft Access ni.. antara 'ribbon' yang terdapat dalam Microsoft Access ialah home, create, external data, database tools, dan datasheet.
Manakala bagi setiap tab di dalam 'ribbon' pula akan mengandungi kumpulan yang berikut :



ini adalah contoh gambar ribbon di dalam access

  • HOME : View, Clipboard, Font, Rich Texts, Records, Sort & Filter, dan Find
  • CREATE : Tables, Forms, Reports dan Others
  • EXTERNAL DATA : Impot, Export, Collect Data, dan SharePoint Lists
  • DATABASE TOOLS : Macro, Show/Hide, Analyze, Move Data dan Database Tools
  • DATASHEET : Views, Fields & Columns, Data Type & Formatting dan Relationships

sekian untuk hari ini.. :)


Monday, October 29, 2012

pesta konvo :)

bismillahirrahmanirrahim ~

wah2.. lama dah aku tak bercerita kat blog ni.. kali ni aku nak bercerita pasal Pesta Konvokesyen UKM ke-40 yang baru je habis 23 Oktober yang lalu.. pesta ni berlangsung bermula 18 - 23 Oktober.. penat gile ! serius aku tak tipu.. tapi.. kenangan tu yang tak dapat aku cari kat mana2.. sepanjang pesta konvo ni aku jadi ajk sekretariat publisiti dan media di bawah bimbingan kak nur atiqha atau lebih mesra dipanggil kak iqa..hihi pemantau kitorang plak abg irfan.. best dapat kerja dgan diorang ni sbb dua2 mesra and tak lokek ilmu.. bila kitorang tanye mesti dorang akan tolong sehabis baik ! :) pnat jgak nk siap kan kerja2 yang dorg  bg dlam masa lebih kurang sebulan je.. paling susah nk cari penaja la.. bukan senang2 orang nak bagi duit kan? tapi at last.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. acara kemuncak bagi tahun ni ialah acara gusti lengan untuk dapatkan UKM masuk dalam 'MALAYSIAN BOOK OF RECORDS'. cabarannya ialah ktorang nak kena cari 1000 orang peserta.. susah sgt ! serius.. nak pujuk orang bukan senang.. lagi2 bila dorang dgar pasal gusti lengan, terus semua lari and xnak masuk.. tapi berkat kesabaran dan kesungguhan semua ajk.. pada hari pertandingan, pukul 10.30 lebih kurang, kitorang berjaya kumpul 1100 orang peserta ! Oleh itu, TAHNIAH kepada penganjur, semua ajk dan peserta yang telah memberi kerjasama yang sangat baik.. akhirnya UKM berjaya diiktiraf di dalam MALAYSIAN BOOK OF RECORDS sebagai penganjur terbesar dalam acara gusti lengan..


penutup pesta konvokesyen pula diadakan pada 23 Oktober di Dewan Gemilang.. tak sangka ramai yang datang.. semua seronok kerana semua program yang dijalankan mendapat sambutan daripada pelajar UKM dan juga orang luar, acara penutup juga meriah dengan persembahan daripada artis jemputan iaitu UNIC, INTEAM dan HAFIZ HAMIDUN.. dan tamatlah sudah segala penat lelah setiap ajk sepanjang sebulan lebih ni. tapi semua nya terubat dengan kemeriahan pesta konvokesyen kali ni.. alhamdulillah..
thanks juga buat semua ajk sekretariat publisiti dan media di atas semua kenangan yang telah dicipta.. :)


Sunday, October 14, 2012

dugaan ~

hai korang..  :)

hari ni aku nak citer dugaan demi dugaan yang melanda diri aku pada 12 oktober 2012 bersamaan dengan hari jumaat .. huhu ~ pg tu aku bgun lmbt and terlepas bas zon3.. sayu je aku tgok bas tu pegi.. xsmpat nk kjar da, haisy nsib baik la ada bas zon U yg xgrak lagi, so aku trselamat.. smpai je kt FEP ( fakulti ekonomi dan pengurusan ) aku pn siapkn smua borg2 PTPTN *semgat nk blik cpat kn* ;)  hbis je klas pkul 12.30 tgah hari, aku ngn kwan2 aku (alyn, satirah, shara) pun pecut ke PUSANIKA, skali smpai dekat situ, *lelah pn xhbis lg ni*.. akk tu ckp : "kaunter da tutup dik, pkul 2 bru bkak blik .. " Ya Allah.. kecewa dan pilu btul hati ni bila dgr akk tu ckp cmtu.. so kitorg pn pegi la kafe dlu smntra nk tggu zohor.. pkul 2 tu kitorg pn pegi la kt kwasan hnta borg tu.. skali nmpk rmai gle org kt lua, kitorg pn duduk n tggu smpi la dlm dkat 15mint, kwan aku tgrak hati nk suruh aku tnye bdak kat situ..
aku : err.. korang tunggu apa eh kat sini?
anonymous : kitorg nak tggu cop dari pegawai tu..
aku : hbis yang dah cop mcm mne?
anonymous : oh. msuk je kt dlm tu.. (smbil tersnyum)
spontan aku n kwan2 aku terjerit.. hailo ~ rsa mmbzir SANGAT msa kitorang menunggu kat luar tu.. so aku, satirah dgn shara pn trus masuk kt dlm blik tu.. *alyn kne tinggal sbb die xcop lg* ;) skali duduk kat dlm tu .. kitorg pn disuruh duduk kt blakang skali *sbb tu je line yg kosong* haha so kitorg pn dgar la taklimat yg pgawai PTPTN tu bg dgan pnuh khusyuk! hbis je tklimat, smua plaja bgrak utk hnta borg kat kaunter mgikut brisan.. tdetik la kat hati aku "uyt, pkul brapa aku dpat blik ni ? line da la blakang skali.. huhu " tgah aku brangan tu skali tdgar sorg pgawai PTPTN yg mrah sorg budak prmpuan ni.. huu satu dewan diam.. ok.. tu aku seram.. spanjang nak tggu turn aku hantar tu aku berdoa yg aku xkne kat pgawai PTPTN yg grang tu n alhamdulillah... aku dpat kat sblah pgawai PTPTN yg grang tu ! hik3 :p aku n satirah pn trus naik ke kafe atas and bli makanan smentara nk tggu alyn siap.. *shara da blik kolej dlu* tgah je mkan tu.. skali nmpk bas terlpas.. huu sedih btul, ni msti kne tggu lg stgah jam.. tape la.. ble alyn siap je kitorg decide nk slat dlu kt surau PTSL.. hbis je slat.. kitorg dgar bunyi hujan lbat + guruh kat lua... ok, cmne aku nk slamat smpi ke ktm tnpa bsah ni?? tp kitorg grak jgak ke atas utk ke stesen bas, and CONFIRM !! memg hujan lbat gle smpai hmpir xnmpk pn stsen bas tu.. kitorg bdiri kat situ smbil bfikir, tbe2 tnmpk bas lalu !
alyn : leha ! bas tu, cpat la.. jom redah je..
aku : kau gile?? klau kereta xnmpk kite cmne? lptop kt blakang ni mcm mne?
alyn : smntara kereta da bhnti tu kta lintas la.. jom la cpat !
aku pn trus buat kputusan, xsmpat nak pikir da time tu.. sbb klau xnaik bas ni kitorg kne tggu lg stgah jam..
aku : ok jom redah ! (aku trus blari)
smpai je kt stsen bas, aku, alyn and satirah dan hbis bsah.. tp bukan tu yg kitorg risaukan! kitorg trus bkak beg laptop and balut laptop dgan ap2 yg ada.. pling sedih.. bas yg smpai td ialah zon3.. bukan zon 6K.. kitorg tggu lg dgn prasaan kcewa.. 10minit lpas tu, bas 6K pn smpai.. sejuk gila ! serius xtpu.. smntara nk smpai ke ktm ktorg da menggigil.. dlm msa yg sma aku rsau tgok hujan yg xda tanda2 nak bhenti..ad jgak kwsan yg da naik air.. aku hnya mampu bdoa.. smpi kt smpang nak msuk ktm.. air da naik ! ad kereta kancil tsadai kt tepi and ada org yg redah air tu.. air kat paras betis die.. huhu rsau2.. ble aku, alyn and satirah trun dr bas.. air kt pras betis.. ok.. kitorg jlan lg.. skali kt jalan bsar tu.. air da dalam n arus dras gle ! kereta banyak da bhenti.. ad sorg laki chinese jatuh kat dpan.. nasib baik ad org smpat paut die.. laki tu ckp kat kitorg..
chinese boy : u all ikut sna la.. kat depan sini ad lubang.. bhaya..sana jauh sikit tak apa..
lpas kitorang ucapkn trima kasih kitrong pn tsenyum n trus bgrak ke tmpat yg ditunjukkan.. waktu tu kitorg berempat dgan sorg lg akk senior dr UPM.. kitorang pgang satu sama lain n redah arus tu.. air tu da hampir pras pinggang kitorg.. *mungkin sbb kitorg pendek an* haha tapiwaktu tu kitorg hnya mampu bdoa n trus bgrak.. alhamdulillah..  akhirnya kitorg slamat smpai ke ktm dgan slamat.. bsyukur yang xterhingga waktu tu..
tapi bila smpi rumah n crta kt mama.. trus aku kna than telinga untuk dgar mama bleter..haha xksah la tu.. yg pnting aku slamat smpi ke rumah n mlm tu memg kpenatan yg amat2 sgt.. hihi  *sblum tidur tbe2 aku tringat ayat ni* jom.. renungan bersama ~


Thursday, October 11, 2012

apa itu microsoft access ?

hai semua ~

ok.. hari ni nak cakap pasal apa itu Microsoft Access.. Microsoft Access adalah perisian komputer yang diklasfikasikan sebagai " perisian pangkalan data " ("database") . Aplikasi pangkalan data digunakan oleh pengguna yang mahu mengumpul dan menjejaki maklumat . Contohnya senarai telefon, senarai tetamu, rekod jualan atau apa sahaja maklumat berguna yang lain. Benda ni terpulang la ikut kerja masing - masing .. ^-^ so lpas ni kalau korg nk buat borg ke apa, boleh la guna microsoft access ni, xpayah sush2 gune microsoft word lagi.. hihi ~ 

ni contoh borg guna microsoft access :)
And untuk pengetahuan korang jugak, Microsft Access ni da lama berada dalam pasaran. Antara versi yang terbaru ialah Microsoft Access 2010 . <-- ni buat sape2 yang xpernah prasan akan khadiran Microsoft Access ni dalam komputer korg.. hihi  versi ini boleh digunakan dalam bentuk persendirian (standalone) atau melalui jaringan komputer (computer networks) .. 

rasanye ni je dulu buat masa ni.. harap korg dpt mklumat jgak even xsberapa.. hihi nnti akn dtg kte try buat tutorial plak eh.. 

sekian ~

Wednesday, October 3, 2012

Salam Perkenalan ~



salam perkenalan buat semua ~
ok..ni first time aku buat blog sebenarnya.. huhu memang tak de pengalaman langsung la kan.. ZERO !! so aku harap dengan tugasan yang diberi ni akan memberi aku serba sedikit pengetahuan mengenai blog.. so jom kite berkenalan dulu... nama diberi SITI ZALEHA.. korang boleh pggil aku zal atau zaleha.. ikut keselesaan masing2,, aku pelajar FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN atau lebih dikenali sebagai FEP.. merupakan pelajar PENTADBIRAN PERNIAGAAN ~ and aku duduk kat KOLEJ KERIS MAS!! haha *excited terlebih plak* haa.. sebelum terlupa, ni satu lagi berita menarik yang aku nak kongsi dengan korang.. aku punye tema blog ialah . . . ACCESS huhu menarik tak ?? memang terkejut gila la aku an bila dapat tajuk nih.. haisy tape la.. redha je la and aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk tema tu.. sebelum berakhir.. sedikit renungan bersama ~ :)