wah2.. lama dah aku tak bercerita kat blog ni.. kali ni aku nak bercerita pasal Pesta Konvokesyen UKM ke-40 yang baru je habis 23 Oktober yang lalu.. pesta ni berlangsung bermula 18 - 23 Oktober.. penat gile ! serius aku tak tipu.. tapi.. kenangan tu yang tak dapat aku cari kat mana2.. sepanjang pesta konvo ni aku jadi ajk sekretariat publisiti dan media di bawah bimbingan kak nur atiqha atau lebih mesra dipanggil kak iqa..hihi pemantau kitorang plak abg irfan.. best dapat kerja dgan diorang ni sbb dua2 mesra and tak lokek ilmu.. bila kitorang tanye mesti dorang akan tolong sehabis baik ! :) pnat jgak nk siap kan kerja2 yang dorg bg dlam masa lebih kurang sebulan je.. paling susah nk cari penaja la.. bukan senang2 orang nak bagi duit kan? tapi at last.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. acara kemuncak bagi tahun ni ialah acara gusti lengan untuk dapatkan UKM masuk dalam 'MALAYSIAN BOOK OF RECORDS'. cabarannya ialah ktorang nak kena cari 1000 orang peserta.. susah sgt ! serius.. nak pujuk orang bukan senang.. lagi2 bila dorang dgar pasal gusti lengan, terus semua lari and xnak masuk.. tapi berkat kesabaran dan kesungguhan semua ajk.. pada hari pertandingan, pukul 10.30 lebih kurang, kitorang berjaya kumpul 1100 orang peserta ! Oleh itu, TAHNIAH kepada penganjur, semua ajk dan peserta yang telah memberi kerjasama yang sangat baik.. akhirnya UKM berjaya diiktiraf di dalam MALAYSIAN BOOK OF RECORDS sebagai penganjur terbesar dalam acara gusti lengan..
penutup pesta konvokesyen pula diadakan pada 23 Oktober di Dewan Gemilang.. tak sangka ramai yang datang.. semua seronok kerana semua program yang dijalankan mendapat sambutan daripada pelajar UKM dan juga orang luar, acara penutup juga meriah dengan persembahan daripada artis jemputan iaitu UNIC, INTEAM dan HAFIZ HAMIDUN.. dan tamatlah sudah segala penat lelah setiap ajk sepanjang sebulan lebih ni. tapi semua nya terubat dengan kemeriahan pesta konvokesyen kali ni.. alhamdulillah..
thanks juga buat semua ajk sekretariat publisiti dan media di atas semua kenangan yang telah dicipta.. :)
No comments:
Post a Comment