kehidupanku ~: ayah

Saturday, December 29, 2012

ayah


salam ~

entah kenapa hari ni aku terasa ingin menulis sesuatu mengenai tajuk ini.. ayah . . seorang yang sangat2 berharga di dalam hidup setiap insan.. dan begitu juga aku.. tanpa ayah maka tiada lah kita di dunia ini.. kehadiran seorang ayah ini tidak patut dilupakan sama sekali..

Ketika kau gagah berdiri, aku tidak begitu sedar akan kepentingan 'ayah' di dalam sebuah keluarga.. dan ketika ini, baru lah aku sedar betapa aku sangat2 bergantung harap kepada seorang insan yang bergelar 'ayah'.. segala perkara yang aku perlu lakukan akan aku rujuk kepada 'ayah'. dan 'ayah' la yang menjemput serta menghantar aku sejak dari tadika- sekolah rendah - asrama - matrik - universiti.. ayah la yang menguruskan semua keperluan di rumah.. tidak pernah aku sedar pentingnya kehadiran dia ketika itu.. dan sekarang, terasa lemah diri ini bila melihat 'ayah' yang dulu gagah berdiri tetapi kini terbaring melawan kesakitan..

Alangkah baiknya jika diri ini yang dapat menjadi galang gantinya.. dan membantu untuk menghilangkan kesakitan yang dialami.. ayah.. walau kau tak dapat membaca apa yang tersurat di hati ini, walau aku tidak dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan yang kau alami, ketahuilah bahawa aku tidak pernah melupakan dirimu di dalam setiap doaku.. tabahlah kau untuk menghadapi dugaan yang diberikan.. pasti ada hikmah disebalik smua yang berlaku..








No comments:

Post a Comment