hai smua ! hihi haa.. hari ni aku nak cerita pasal msej brantai.. sbb nye, akhir2 ni aku slalu sgt dapt msej brantai... haisy bnyk kot.. pnat da nak bace.. nak dipndekkan crta, tgah aku ronda2 di alam maya ni td.. aku pn tjumpa la pasal ad org ckap pasal msej brantai ni.. so aku pn nak kongc la dgn korang tntang ni.. meh la kte sme2 bce ye.. :)
Makin ramai yang sebarkan "mesej berantai di fb, sms, whatsapp dll." kadang2 memang ada peringatan yg tak b'canggah dengan syariat cuma ada sesetengah perkara yang 'mengikat' mesej tu yang boleh membawa kepada murtad. contohnya korang akan ditimpa musibah andai tak disebarkan la, akan menerima nikmat yang banyak kalau korang sebarkan. JADI ! sesiapa yang percaya/forward mesej macam tu dengan niat sebab TAKUT dapat mudarat andai tak sebarkan, perbuatan tu sama macam menyekutukn Allah sebab lebih percayakan mesej2 macam ni drpd qada’ dan qadar Allah tu sndri. sebab kita percaya yang boleh bagi kebaikan adalah mesej2 tu sedangkan hanya Allah yang berkuasa untuk semua tu, yang datangkan kebaikan ataupun mudarat. bukan dari mesej2 tu..jadi andai ada mudarat atau manfaat yang datang semuanya sebab iradah Allah bukan sebab tak forward mesej2 macam tu.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)
Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tathayyur (merasa sial) adalah syirik."
Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."
Kesimpulannya, sesiapa yang percaya/sebarkan status2 di fb boleh membawa kepada syirik kerana percaya mesej tu ada "kuasa" sendiri. bagi yang sebarkan bnda2 ni kerana takut mendapat musibah , mungkin sbab kebergantungan pada Allah tu belum cukup kuat sebab tu mudah untuk percaya mesej2 ni. mungkin ada yang akan berkata "saya sebarkan benda baik". Islam memang m'galakkan untuk amar maruf tapi biarlah selari dengan landasan syara'. ini salah satu cara halus untuk pesongkan akidah umat Islam sebab mereka tak akan serang kita secara terang2an tapi akan cari di mana kelemahan umat Islam tu sendiri.
p/s: harap jelas dan x ada lg msg2 berantai lepas ni..
sekian saja post saya untuk kali ni.. moga kita same2 dpat ilmu yg bru hari ni..terima kasih kerana sudi mmbca.. :)
No comments:
Post a Comment