sekarang semua orang tengah hangat menceritakan mengenai GAZA... apa yang mampu kita bantu ? DOA ~ marilah kita bersama2 mendoakan mereka di sana.. kerana ingatlah senjata orang mukmin itu adalah doa yang sememangnya lebih tajam daripada mata pedang..
antara doa yang boleh kita amalkan ialah doa qunut nazilah. Doa qunut nazilah ialah doa yang dibaca ketika kaum muslimin terkena bencana, ancaman, penganiayaan, penindasan musuh - musuh Allah dan musuh kaum muslimin. Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, dan Isyak. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.
DOA QUNUT NAZILAH
Maksudnya: 'Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
No comments:
Post a Comment