kehidupanku ~: 2012

Monday, December 31, 2012

kim jong kook

salam ~

ahha ! hari ni aku nak kongsi video pasal kim jong kook.. ni lagu baru die.. tajuk die men are all like that.. walaupun aku lambat sikit kan.. hii tapi suke sangat dengar suara die! huu kalau korang nak dengar, korang boleh tgok video kat bawah ni..


membina relationship

salam ~

hai korang ! maaf la sebab da lama xupdate tutorial access kan. so hari ni kte smbung ye.. tutorial hari ni ialah pasal membina relationship.. buat sape2 yang tak tau lagi cara nk buat relationship tu, jmput2 la bace langkah2 dibawah ye.. :)

Sunday, December 30, 2012

puasa sunat 2013

salam ~

hai2.. hii aku tatau nak cite pasal ape untuk post kali ni.. so tadi aku ada terbaca pasal puasa sunat untuk tahun 2013.. jom la kite same2 perbanyakkan beribadat.. salah satu cara nye melalui puasa sunat.. semoga amalan kite dtrime oleh-NYA.. insyaAllah.. :)

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan ALLAH nescaya ALLAH akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun."
 Hadis Riwayat Bukhari


*korang bleh klik untuk lebih jelas..

Semoga ianya dapat menjadi peringatan dan saling berpesan antara kita semua.

 

contact lens

salam ~

ehem2.. korang rase ape yg aku nk ckp pasal 'contact lens' ni? hii disebabkan aku da beberapa hari terpacak kat hospital ni.. so waktu aku tgah mrayau2, aku pn terjumpa la artikel.. yeke artikel? ntah la.. lbih kurang la.. artikel ni die ckp pasal penyakit2 yang berkaitan dengan 'contact lens'.. haisy musnah la harapan dan angan2 aku nk pkai contact lens ni.. tape2.. kalau korang pandai jge n rajin.. tade mslah punye.. insyaAllah.. ok, yg kat bawah ni ialah pnyakit2 yg berkaitan dengan 'contact lens'..

kesihatan ~


Setiap insan di muka bumi ni penah diuji oleh Allah. x kira la ujian sakit, harta. keluarga n mcm lg la. hari ni tbe2 aku tgerak hati nk cte mengenai slh satu ujian yg akan dialami oleh setiap insan yang b'jalan di ats muka bumi Allah. cuma nya, antara kte sedar atau tidak je. semua org penah ditimpa ujian kesihatan kn? ada yg sbar, dan ada jgak yg meratap. TAPI kte kne igt, sakit tu dtg nye dri Allah. pasti ada hikmah knp kte jtuh sakit. mgkin jgak skit tu didatangkan oleh Allah sbb kte lalai mengingati-NYA.



Saturday, December 29, 2012

ayah


salam ~

entah kenapa hari ni aku terasa ingin menulis sesuatu mengenai tajuk ini.. ayah . . seorang yang sangat2 berharga di dalam hidup setiap insan.. dan begitu juga aku.. tanpa ayah maka tiada lah kita di dunia ini.. kehadiran seorang ayah ini tidak patut dilupakan sama sekali..

Ketika kau gagah berdiri, aku tidak begitu sedar akan kepentingan 'ayah' di dalam sebuah keluarga.. dan ketika ini, baru lah aku sedar betapa aku sangat2 bergantung harap kepada seorang insan yang bergelar 'ayah'.. segala perkara yang aku perlu lakukan akan aku rujuk kepada 'ayah'. dan 'ayah' la yang menjemput serta menghantar aku sejak dari tadika- sekolah rendah - asrama - matrik - universiti.. ayah la yang menguruskan semua keperluan di rumah.. tidak pernah aku sedar pentingnya kehadiran dia ketika itu.. dan sekarang, terasa lemah diri ini bila melihat 'ayah' yang dulu gagah berdiri tetapi kini terbaring melawan kesakitan..

Alangkah baiknya jika diri ini yang dapat menjadi galang gantinya.. dan membantu untuk menghilangkan kesakitan yang dialami.. ayah.. walau kau tak dapat membaca apa yang tersurat di hati ini, walau aku tidak dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan yang kau alami, ketahuilah bahawa aku tidak pernah melupakan dirimu di dalam setiap doaku.. tabahlah kau untuk menghadapi dugaan yang diberikan.. pasti ada hikmah disebalik smua yang berlaku..








final exam !

salam ~

ahha ! final exam.. agak menggerunkan bila aku fikir balik.. apa je yang aku da study utk final exam ni ?? haisy  ~ susah btul bile xtmbul2 ksedaran dlm diri.. klau dtg pn skejap je.. bukak je buku terbang da smua smgat yang berkobar2 nk stdy tu.. yg dtg ialah prasaan mengantuk + malas = tidur.. haha mula la buat alasan pnat la, itu lah..aigoo ~ caner la aku ni.. tape2, usaha slagi boleh.. jgn cari alasan ! wake up !! hihi buat semua yang bakal menduduki peperiksaan final january ni.. all the best ! smoga kita smua bjaya dengan jayanya.. insyaAllah..  :)


terima kasih sahabat :)

salam ~

sahabat ! ramai yang mengatakan bukan mudah untuk mendapatkan sahabat yang ada ketika susah dan senang.. dan sebab itu lah aku merasa sangat2 bersyukur kerana ada teman yang setia di sisi aku ketika aku susah dan senang.. teman yang selalu menghibur di kala hati bersedih.. teman yang setia disisi ketika aku memerlukan sokongan..

walau terasa berat dugaan yang menimpa, tapi terasa hilang segala masalah bila bersama dengan teman2ku.. teman yang sentiasa ada ketika aku mermerlukan semangat dan teman untuk meluahkan perasaan.. thanks a lot untuk smua yg stia disisi.. korang penguat aku.. love you all so much ! best friend till jannah.. insyaAllah.. :)




Wednesday, December 26, 2012

kampung kuala mai ~

salam ~

Kg Kuala Mai.. mesti korg ttnya2 knp kg ni jd tjuk post aku kli ni kn.. haa .. hari ahad yg lepas iaitu 23 Dis 2012, seramai lbih kurg 40 org ahli enactus telah pergi ke kg kuala mai, temerloh pahang untuk menjalankan satu kajian.. pnat jgak ktorg nak berjalan ke seluruh kg tu.. tp pengalaman tu yang memg xkn dpt dlupakan ! insyaAllah akan sentiasa segar di dalam ingatan ~ :) 

6.30 pg, waktu bertolak ke kg kuala mai :) 

bersama dgn k. nazihah.. :)

 berhenti rehat untuk lunch..

 sesi bergambar sebelum balik.. :p

 bertolak pulang ke ukm pada jam 5.30 ptg..



hari interaksi enactus

salam ~

ahha ! enactus.. tau x ape tu? enactus ni sblum ni dipanggil sife.. tapi skrang da tuka nme kepada enactus.. and baru2 ni kitorang ada buat hari interaksi untuk merapatkan lagi hubungan di antara ahli-ahli enactus.. tak jauh pn.. kat hutan pendidikan alam ( HPA ) yg dlm ukm tu je..hihi TAPI ! bukan tmpat yg mnentukan, tp kita sndiri yg mnentukn sma ada aktiviti tu best atau tidak.. btul x? hii and untuk pgtahuan korang, hari interaksi ni selama 2hri 1malam je, iaitu hari jumaat dan sabtu.. aktivitinye bermula pd jam 2.30 ptg dimana semua ahli2 enactus dijemput oleh senior2 enactus dengan menaiki kereta utk ke HPA.. hii so, dlm lbih kurg pkul 3.30 aktiviti da dimulakan.. mcam biasa la kan, aktiviti dimulakan dgan LDK 1 iaitu 'ice breakng'.. nma group aku special skit.. grup ABC.. hihi

bergambar dengan bendera group aku.. :)

malam pulak kitorang ade LDK 2 and lepas tu ad BBQ.. oh yeah ! best gle sbb dpt mkn.. hihi ni la part yg pling aku suke bile g mne2.. MAKAN ! lalala ~ 

jom tengok muka2 gembira yg dpat mkan.. hihi




sabtu pagi plak kitorang ade 'junggle trekking' , lepas 'jungle trekking' kitorang breakfast dan teruskan dgn acara penutup.. tamatlah aktiviti kami slama 2hari 1mlm.. alhamdulillah.. matlamat program ni bjaya dengan  mmbuatkan smua ahli enactus brtambah rapat antara satu sama lain.. :)




Wednesday, December 5, 2012

latihan medan ~

salam  ~

hai korang.. ok, hari ni aku nak cerita pasal pengalaman aku g latihan medan untuk SISPA mggu lpas.. ramai yg brtnya apa tu SISPA.. SISPA tu ialah Siswa Siswi Pertahanan Awam.. SISPA ni sme je mcm PALAPES dan SUKSIS , cumanye tak brapa nak popular sbab bru dtubuhkan thun lpas.. maknanye aku skrg ialah generasi ke-2  untuk SISPA UKM.. dalam SISPA kitorg pggil kompeni 2.. :) dan dalam kompeni 2 ni tbahagi lg kpada dua Platun iaitu Platun Bravo dan Platun Alpha.. Platun Bravo terdiri drpd plaja2 dari UKM Bangi, manakala Platun Alpha plak ialah plaja2 dr UKM KL.. jadi ! nak cerita kat sini, minggu lpas smua ahli SISPA kompeni 2 kna g latihan medan.. latihan medan ni mcm aktiviti luar la.. dan untuk yg latihan medan 1 ni kitorg buat kat Ibu Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sembilan yang terletak kat Jalan Labu, Seremban..

Thursday, November 29, 2012

mesej berantai

salam ~

hai smua ! hihi haa.. hari ni aku nak cerita pasal msej brantai.. sbb nye, akhir2 ni aku slalu sgt dapt msej brantai... haisy bnyk kot.. pnat da nak bace.. nak dipndekkan crta, tgah aku ronda2 di alam maya ni td.. aku pn tjumpa la pasal ad org ckap pasal msej brantai ni.. so aku pn nak kongc la dgn korang tntang ni.. meh la kte sme2 bce ye.. :)

Wednesday, November 28, 2012

mengemas kini form

salam ~

hai korang ! bertemu lagi kita di dalam tutorial access pada kali ni.. hihi ok, dalam post yg lepas saya da trangkan pasal cara2 nak buat form kan? so kali ni nak crta pasal cara korang nak kmas kini form korang tu.. mari ikuti langkah2 di bawah . . . :)

Tuesday, November 27, 2012

picnic day out ~

salam ~


hai2 smua.. picnic day out.. ahha ! hari ni tu tajuk post aku.. picnic sehari di KLCC dengan kawan2 sekolah dulu.. best sangat2... terubat rindu bila dengar celoteh masing2.. and aku org yg smpai las skali..hik3 tapi sayang xsmua yg dpt dtg.. tape ! kita akn buat lg lain kali.. insyaAllah.. tapi mula2 jumpa tu tkejut jugak.. even bru bebrapa bulan tak jumpa tapi bnyk muka yg da brubah.. smua da btambah matured.. hihi and yang paling best nak cerita ni sbb ad bnyk mknan yg dorg bwak.. haa ni antara makanan yg smpat dtgkap gmbr sblum habis..haha 






tak tau nak cerita ape da sbnarnye.. sbb kitorang just duduk + makan + bercerita.. ada masa kita akan jumpa lg ye sahabat.. frens till jannah.. insyaAllah.. :)



and thanx a lot to our :

  main chef :)


photographer :)




Monday, November 26, 2012

membina form

salam ~

wah2..rasa lama da tak menulis di alam maya ini..rindu mula menjengah di hati.. ececeh ~ berdrama plak kat sini kan.. haha busy skit la mggu ni.. *gaya ckap cm org pnting je kan* biarkan ~ banyak benda nak cerita kali ni.. sbb memg banyak gile bnda yg aku buat hari sbtu n ahad lpas..tp... post kali ni ku nak update psal access dlu.. hii tutorial kita pada hari ni ialah mengenai cara2 nak membina form.. jom teruskan membaca ! :)

Friday, November 23, 2012

mengemas kini data Table

salam ~

hai smua ! bjumpa lagi kita dalam tutorial access .. hihi ok2, hari tu kita da belajar cara2 macam mana nak buat Table kan.. so hari ni kita nak belajar cara2 untuk mengemas kini data2 dalam Table tu pulak.. harap langkah2 di bawah dapat membantu anda.. :)

Thursday, November 22, 2012

Duduk Diam Untuk Gaza (DDUG)

Bismillahirrahmanirrahim ~

akhir2 ni kerap kita dengar berita mengenai Gaza, pelbagai cara yang telah rakyat Malaysia lakukan untuk membantu rakyat2 Palestin.. insyaAllah, kita akan mendapat ganjaran dengan apa yang telah kita usahakan kelak.. so kali ni aku nak cerita pasal salah satu event yang akan dijalankan pada hari AHAD ni bersamaan dengan 25hb Nov 2012.. program ni akan dijalankan di KLCC... so bagi yang ada kelapangan dan nak join.. boleh la baca selanjutnya.. :)


primary key dan foreign key

Salam ~

hai semua..amacam hari ni? da ready nak tambah ilmu baru mengenai access ? hii ok, hari ni aku nak terangkan sikit je pasal access.. pasal Primary Key dengan Foreign Key.. jangan risau.. sebab yang post kali ni tak serumit macam post yang lepas..hihi


Wednesday, November 21, 2012

membina fields

salam ~

hari ni nak update pasal access..hihi insyaAllah ilmu baru pada hari ni ialah pasal nak nak bina field dalam table tersebut, jom ikuti langkah2 di bawah.. :)


Tuesday, November 20, 2012

saman ~

salam ~

saman ! hihi aku nak cerita pasal pengalaman kawan aku.. siapa die? biarlah rahsia..haha tapi nak buat senang cerita kita panggil dia hana (bukan nama sebenar ye)..hihi macam ni cerita die.. hari tu.. hana ni sewa kereta, kereta viva auto warna merah (perlu ke?haha) biarkan ~ hana pegi hanta kawan dia pegi LCCT, disebabkan diorang da lmbt and nak kejar flight, so dorang pn main parking je.. konon SEKEJAP la kan..padahal ada la dlm 30 minit jugak.. lepas je hanta kawan dia naik flight, hana pn bjalan dengan penuh lega sebb dorang BERJAYA kejar flight tu.. tapiii.. smpai je kat kereta, tbe2 hana ternampak macam ada surat..ingat kan advertisement biasa je..skali tgok, hah ! SURAT SAMAN kot..haha balik tu hana terus cerita kat aku, and hana cakap dia tanak bagitau kat tuan punya kereta tu..kira nak buat diam je la, kalau orang tu tnye nnti baru dia bgtau..


table access

salam ~

seperti yang dijanjikan hari tu.. hari ni kita nak belajar cara-cara untuk buat table di dalam access plak.. lepas klik butang create untuk membina pangkalan data, kat pc korang akan kluar macam ni..


Lepas kluar macam ni, korang boleh ubah table dengan :


  • menambah field baru, mengubah panjang aksara dalam field, atau menambah saiz field tersebut.
  • perubahan yang korang buat kat nama field akan menyebabkan perubahan pada rujukan dalam query, form, report, makro dan modul. So korang kena pastikan yang korang tak ubah nama field sesuka hati !
  • kalau korang nak padam field pulak akan memerlukan korang untuk padam SEMUA rujukan ke atas field tersebut.
  • pengurangan saiz field atau penukaran format field juga akan menyebabkan kehilangan data. Nanti korang akan diberi amaran kalau korang nak buat perubahan tu. 
buat masa ni, ni je yang aku tau pasal table dalam access.. insyaAllah lepas ni kita smbung dengan cara2 nk bina fields .. maaf kalau tak banyak membantu.. saya juga budak baru belajar ~ :)

samsung galaxy SIII

salam ~

hihi.. hari ni aku nak cerita pasal samsung galaxy S III.. hailo ~ lama da aku mengidam nak beli nset ni.. tp harapan ~ mahal kot.. kne kmpul duet dlu baru dpat mrasa.. xkn nk harap duet PA + MA kot.. da bsar gajah kan.. cari duet sndiri ! haha cam kejam je mnx duet parents untuk bnd2 yg xpnting ni..hihi tak pe.. satu hari nanti aku akan dapat guna jgak nset ni.. * pnjam pn jadi la* haha kalau korang nak tau lebih lanjut pasal nset ni, korang bleh bkak link ni
 http://www.gsmarena.com/samsung_i9300_galaxy_s_iii-4238.php .. so buat masa ni, kita tengok gamba je la ye.. hihi




semoga satu hari nanti impian aku jadi kenyataan ..hii chaiyok ! :)




Monday, November 19, 2012

sahabat selamanya ~

salam ~

hari ni tiba2 rasa rindu sgt2 kat roommate time KMP (kolej matrikulasi perlis) dulu..huhu 23 MEI 2011.. trikh perkenalan kite.. smua dtang dri ngeri yg blainan.. KL + SELANGOR + MELAKA + KELANTAN = PERLIS.. hihi tp rasa mcm tu yg buat kte lg rapat kn.. sbb sape2 yg tgok kite akn ckap kite da lme knal..haha semangat roommate ! :) 


Sunday, November 18, 2012

qunut nazilah

salam ~

sekarang semua orang tengah hangat menceritakan mengenai GAZA... apa yang mampu kita bantu ? DOA ~ marilah kita bersama2 mendoakan mereka di sana.. kerana ingatlah senjata orang mukmin itu adalah doa yang sememangnya lebih tajam daripada mata pedang..


Monday, November 5, 2012

membina pangkalan data

salam ~

hai2 korang ! ok, hari ni aku nak tunjuk cara2 untuk kita mula gunakan microsoft access. mesti korang pn tak tau apa nak mula kan? haa buat yang tak tau tu meh sini baca.. :)
mula2 sekali,


  • klik kat windows and bukak microsoft access
  • bila korang bukak, nanti dia akan kuar mcam ni..

  • lepas tu, pilih blank database
  • lepas klik blank database korang kena pilih lokasi untuk korang simpan fail ni and namakan trus, so kat blah kanan bawah gmbar komputer tu ada ruang die, korang isi kat situ, 
  • dh isi, klik butang create macam dalam gambar di bawah :)

selesai untuk langkah pertama kita dalam microsoft access ni.. akan datang nanti kita sambung cara2 nak buat table plak kat dlam microsoft access ni ye..insyaAllah.. :)




Wednesday, October 31, 2012

mari mengenal Ribbon Access :)

salam access..

hihi.. hari ni aku nak cerita pasal 'ribbon' yang terdapat kat dalam Microsoft Access ni.. antara 'ribbon' yang terdapat dalam Microsoft Access ialah home, create, external data, database tools, dan datasheet.
Manakala bagi setiap tab di dalam 'ribbon' pula akan mengandungi kumpulan yang berikut :



ini adalah contoh gambar ribbon di dalam access

  • HOME : View, Clipboard, Font, Rich Texts, Records, Sort & Filter, dan Find
  • CREATE : Tables, Forms, Reports dan Others
  • EXTERNAL DATA : Impot, Export, Collect Data, dan SharePoint Lists
  • DATABASE TOOLS : Macro, Show/Hide, Analyze, Move Data dan Database Tools
  • DATASHEET : Views, Fields & Columns, Data Type & Formatting dan Relationships

sekian untuk hari ini.. :)


Monday, October 29, 2012

pesta konvo :)

bismillahirrahmanirrahim ~

wah2.. lama dah aku tak bercerita kat blog ni.. kali ni aku nak bercerita pasal Pesta Konvokesyen UKM ke-40 yang baru je habis 23 Oktober yang lalu.. pesta ni berlangsung bermula 18 - 23 Oktober.. penat gile ! serius aku tak tipu.. tapi.. kenangan tu yang tak dapat aku cari kat mana2.. sepanjang pesta konvo ni aku jadi ajk sekretariat publisiti dan media di bawah bimbingan kak nur atiqha atau lebih mesra dipanggil kak iqa..hihi pemantau kitorang plak abg irfan.. best dapat kerja dgan diorang ni sbb dua2 mesra and tak lokek ilmu.. bila kitorang tanye mesti dorang akan tolong sehabis baik ! :) pnat jgak nk siap kan kerja2 yang dorg  bg dlam masa lebih kurang sebulan je.. paling susah nk cari penaja la.. bukan senang2 orang nak bagi duit kan? tapi at last.. alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.. acara kemuncak bagi tahun ni ialah acara gusti lengan untuk dapatkan UKM masuk dalam 'MALAYSIAN BOOK OF RECORDS'. cabarannya ialah ktorang nak kena cari 1000 orang peserta.. susah sgt ! serius.. nak pujuk orang bukan senang.. lagi2 bila dorang dgar pasal gusti lengan, terus semua lari and xnak masuk.. tapi berkat kesabaran dan kesungguhan semua ajk.. pada hari pertandingan, pukul 10.30 lebih kurang, kitorang berjaya kumpul 1100 orang peserta ! Oleh itu, TAHNIAH kepada penganjur, semua ajk dan peserta yang telah memberi kerjasama yang sangat baik.. akhirnya UKM berjaya diiktiraf di dalam MALAYSIAN BOOK OF RECORDS sebagai penganjur terbesar dalam acara gusti lengan..


penutup pesta konvokesyen pula diadakan pada 23 Oktober di Dewan Gemilang.. tak sangka ramai yang datang.. semua seronok kerana semua program yang dijalankan mendapat sambutan daripada pelajar UKM dan juga orang luar, acara penutup juga meriah dengan persembahan daripada artis jemputan iaitu UNIC, INTEAM dan HAFIZ HAMIDUN.. dan tamatlah sudah segala penat lelah setiap ajk sepanjang sebulan lebih ni. tapi semua nya terubat dengan kemeriahan pesta konvokesyen kali ni.. alhamdulillah..
thanks juga buat semua ajk sekretariat publisiti dan media di atas semua kenangan yang telah dicipta.. :)


Sunday, October 14, 2012

dugaan ~

hai korang..  :)

hari ni aku nak citer dugaan demi dugaan yang melanda diri aku pada 12 oktober 2012 bersamaan dengan hari jumaat .. huhu ~ pg tu aku bgun lmbt and terlepas bas zon3.. sayu je aku tgok bas tu pegi.. xsmpat nk kjar da, haisy nsib baik la ada bas zon U yg xgrak lagi, so aku trselamat.. smpai je kt FEP ( fakulti ekonomi dan pengurusan ) aku pn siapkn smua borg2 PTPTN *semgat nk blik cpat kn* ;)  hbis je klas pkul 12.30 tgah hari, aku ngn kwan2 aku (alyn, satirah, shara) pun pecut ke PUSANIKA, skali smpai dekat situ, *lelah pn xhbis lg ni*.. akk tu ckp : "kaunter da tutup dik, pkul 2 bru bkak blik .. " Ya Allah.. kecewa dan pilu btul hati ni bila dgr akk tu ckp cmtu.. so kitorg pn pegi la kafe dlu smntra nk tggu zohor.. pkul 2 tu kitorg pn pegi la kt kwasan hnta borg tu.. skali nmpk rmai gle org kt lua, kitorg pn duduk n tggu smpi la dlm dkat 15mint, kwan aku tgrak hati nk suruh aku tnye bdak kat situ..
aku : err.. korang tunggu apa eh kat sini?
anonymous : kitorg nak tggu cop dari pegawai tu..
aku : hbis yang dah cop mcm mne?
anonymous : oh. msuk je kt dlm tu.. (smbil tersnyum)
spontan aku n kwan2 aku terjerit.. hailo ~ rsa mmbzir SANGAT msa kitorang menunggu kat luar tu.. so aku, satirah dgn shara pn trus masuk kt dlm blik tu.. *alyn kne tinggal sbb die xcop lg* ;) skali duduk kat dlm tu .. kitorg pn disuruh duduk kt blakang skali *sbb tu je line yg kosong* haha so kitorg pn dgar la taklimat yg pgawai PTPTN tu bg dgan pnuh khusyuk! hbis je tklimat, smua plaja bgrak utk hnta borg kat kaunter mgikut brisan.. tdetik la kat hati aku "uyt, pkul brapa aku dpat blik ni ? line da la blakang skali.. huhu " tgah aku brangan tu skali tdgar sorg pgawai PTPTN yg mrah sorg budak prmpuan ni.. huu satu dewan diam.. ok.. tu aku seram.. spanjang nak tggu turn aku hantar tu aku berdoa yg aku xkne kat pgawai PTPTN yg grang tu n alhamdulillah... aku dpat kat sblah pgawai PTPTN yg grang tu ! hik3 :p aku n satirah pn trus naik ke kafe atas and bli makanan smentara nk tggu alyn siap.. *shara da blik kolej dlu* tgah je mkan tu.. skali nmpk bas terlpas.. huu sedih btul, ni msti kne tggu lg stgah jam.. tape la.. ble alyn siap je kitorg decide nk slat dlu kt surau PTSL.. hbis je slat.. kitorg dgar bunyi hujan lbat + guruh kat lua... ok, cmne aku nk slamat smpi ke ktm tnpa bsah ni?? tp kitorg grak jgak ke atas utk ke stesen bas, and CONFIRM !! memg hujan lbat gle smpai hmpir xnmpk pn stsen bas tu.. kitorg bdiri kat situ smbil bfikir, tbe2 tnmpk bas lalu !
alyn : leha ! bas tu, cpat la.. jom redah je..
aku : kau gile?? klau kereta xnmpk kite cmne? lptop kt blakang ni mcm mne?
alyn : smntara kereta da bhnti tu kta lintas la.. jom la cpat !
aku pn trus buat kputusan, xsmpat nak pikir da time tu.. sbb klau xnaik bas ni kitorg kne tggu lg stgah jam..
aku : ok jom redah ! (aku trus blari)
smpai je kt stsen bas, aku, alyn and satirah dan hbis bsah.. tp bukan tu yg kitorg risaukan! kitorg trus bkak beg laptop and balut laptop dgan ap2 yg ada.. pling sedih.. bas yg smpai td ialah zon3.. bukan zon 6K.. kitorg tggu lg dgn prasaan kcewa.. 10minit lpas tu, bas 6K pn smpai.. sejuk gila ! serius xtpu.. smntara nk smpai ke ktm ktorg da menggigil.. dlm msa yg sma aku rsau tgok hujan yg xda tanda2 nak bhenti..ad jgak kwsan yg da naik air.. aku hnya mampu bdoa.. smpi kt smpang nak msuk ktm.. air da naik ! ad kereta kancil tsadai kt tepi and ada org yg redah air tu.. air kat paras betis die.. huhu rsau2.. ble aku, alyn and satirah trun dr bas.. air kt pras betis.. ok.. kitorg jlan lg.. skali kt jalan bsar tu.. air da dalam n arus dras gle ! kereta banyak da bhenti.. ad sorg laki chinese jatuh kat dpan.. nasib baik ad org smpat paut die.. laki tu ckp kat kitorg..
chinese boy : u all ikut sna la.. kat depan sini ad lubang.. bhaya..sana jauh sikit tak apa..
lpas kitorang ucapkn trima kasih kitrong pn tsenyum n trus bgrak ke tmpat yg ditunjukkan.. waktu tu kitorg berempat dgan sorg lg akk senior dr UPM.. kitorang pgang satu sama lain n redah arus tu.. air tu da hampir pras pinggang kitorg.. *mungkin sbb kitorg pendek an* haha tapiwaktu tu kitorg hnya mampu bdoa n trus bgrak.. alhamdulillah..  akhirnya kitorg slamat smpai ke ktm dgan slamat.. bsyukur yang xterhingga waktu tu..
tapi bila smpi rumah n crta kt mama.. trus aku kna than telinga untuk dgar mama bleter..haha xksah la tu.. yg pnting aku slamat smpi ke rumah n mlm tu memg kpenatan yg amat2 sgt.. hihi  *sblum tidur tbe2 aku tringat ayat ni* jom.. renungan bersama ~


Thursday, October 11, 2012

apa itu microsoft access ?

hai semua ~

ok.. hari ni nak cakap pasal apa itu Microsoft Access.. Microsoft Access adalah perisian komputer yang diklasfikasikan sebagai " perisian pangkalan data " ("database") . Aplikasi pangkalan data digunakan oleh pengguna yang mahu mengumpul dan menjejaki maklumat . Contohnya senarai telefon, senarai tetamu, rekod jualan atau apa sahaja maklumat berguna yang lain. Benda ni terpulang la ikut kerja masing - masing .. ^-^ so lpas ni kalau korg nk buat borg ke apa, boleh la guna microsoft access ni, xpayah sush2 gune microsoft word lagi.. hihi ~ 

ni contoh borg guna microsoft access :)
And untuk pengetahuan korang jugak, Microsft Access ni da lama berada dalam pasaran. Antara versi yang terbaru ialah Microsoft Access 2010 . <-- ni buat sape2 yang xpernah prasan akan khadiran Microsoft Access ni dalam komputer korg.. hihi  versi ini boleh digunakan dalam bentuk persendirian (standalone) atau melalui jaringan komputer (computer networks) .. 

rasanye ni je dulu buat masa ni.. harap korg dpt mklumat jgak even xsberapa.. hihi nnti akn dtg kte try buat tutorial plak eh.. 

sekian ~

Wednesday, October 3, 2012

Salam Perkenalan ~



salam perkenalan buat semua ~
ok..ni first time aku buat blog sebenarnya.. huhu memang tak de pengalaman langsung la kan.. ZERO !! so aku harap dengan tugasan yang diberi ni akan memberi aku serba sedikit pengetahuan mengenai blog.. so jom kite berkenalan dulu... nama diberi SITI ZALEHA.. korang boleh pggil aku zal atau zaleha.. ikut keselesaan masing2,, aku pelajar FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN atau lebih dikenali sebagai FEP.. merupakan pelajar PENTADBIRAN PERNIAGAAN ~ and aku duduk kat KOLEJ KERIS MAS!! haha *excited terlebih plak* haa.. sebelum terlupa, ni satu lagi berita menarik yang aku nak kongsi dengan korang.. aku punye tema blog ialah . . . ACCESS huhu menarik tak ?? memang terkejut gila la aku an bila dapat tajuk nih.. haisy tape la.. redha je la and aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk tema tu.. sebelum berakhir.. sedikit renungan bersama ~ :)